Monday, May 3, 2010

ZIKRULLAH - ingat kepada ALLAH

Persiapan untuk berzikir, di lakukan dalam enam tingkat :

1. BERNIAT.
Dalam niat itu diucapkan:

الهى أنت مقصودى ورضاك مطلوبى
(الدعأ والمناجاة
"Ilaahi Anta Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi"

Maknanya:
Ya Tuhan, Engkaulah Yang Aku Maksud dan Keredoan Engkau Yang Aku Cari.

2. DUDUK TAREKAT.
Iaitu duduk seperti duduk Tahiyat Terakhir dalam solat, kepala ditundukkan di sisi kiri. Duduk di tempat bersih, segar, wangi dan sunyi.

3. RABITHATU MURSYID.
(rasa pertalian dengan Nabi Muhammad S.A.W.)
1. Mengucap:

السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته
-السلام على النبى
"Assalamu Alaika Aiyuhan Nabiyyu Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh".
2. Ucapkan pula:
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد
-الصلاة على النبى

4. BERTAUBAT:
A. Membaca "Astaghfirullah" tujuh kali.
Diniatkan supaya diampunkan Allah akan dosa lahir, iaitu:
1. Dosa yang dilakukan oleh MATA
2. Dosa yang dilakukan oleh TELINGA
3. Dosa yang dilakukan oleh MULUT.
4. Dosa yang dilakukan oleh TANGAN.
5. Dosa yang dilakukan oleh KAKI.
6. Dosa yang dilakukan oleh SYAHWAT.

B. Membaca "Astaghfirullah" tujuh kali untuk diampunkan dosa bathin iaitu:
1. Dosa yang dilakukan oleh LATIFATUL QOLBI
2. Dosa yang dilakukan oleh LATIFATUR ROH.
3. Dosa yang dilakukan oleh LATIFATUS SIRRI.
4. Dosa yang dilakukan oleh LATIFATUL KHAFI.
5. Dosa yang dilakukan oleh LATIFATUL AKHFA.
6. Dosa yang dilakukan oleh LATIFATUN NUFSU NATIQA.
7. Dosa yang dilakukan oleh LATIFATUL KULLU JASAD.

5. Baca FATIHAH.
1. Fatihah 1 kali dan Qulhu waAllah - 3 kali.
2. Memohon semoga Allah memberikan pahala atas bacaan tersebut atas peribadi sendiri, atas nabi kita Muhammad S.A.W. dan atas Rabitha Mursyid (Sheikh Tarikat menurut Tarekat yang dipakai).

6. RENUNG.
Merenungkan peristiwa-peristiwa hidup di dunia dan kehidupan di Akhirat.
Dunia ditinggalkan dibelakang, apakah ke Syurga atau ke Neraka?
Syurga di sebelah kanan, tak layak masuk memikirkan banyak dosa.
Neraka di sebelah kiri, takut masuk kerana terlalu panas.
Jalan terus pantang mundur, maju terus ke depan menemukan Allah (Liqa Allah).
sebagaimana Firman Allah dalam Quran:
"Barang siapa yang ingin menemukan (liqa) Tuhannya, maka hendaklah ia berbuat Amal Soleh dan tidak menyekutukan sesuatu dalam beribadat kepada sesiapa pun".
Pada tingkat ini perasaan bathin merasa لا موجود الا الله tiada yang wujud melainkan Allah.
Setelah itu bacalah doa Munajat 3 kali.

Rujuk DOA MUNAJAT



Saturday, April 24, 2010

DAH BERTAMBAH SETAHUN LAGI USIAKU

Ya Allah... Syukuuurrrr. ... Kehadratmu kerana dengan limpah kurniamu... di saat ini aku masih lagi bernafas.... Ya Allah panjangkan lagi umurku dan berkatilah usiaku...
Hari ini aku terkedu setika bila suami ku tegur aku ni tempered jugak... hhhmmm.... aku ngaku jgak tapi satu perkara yang aku perasan aku lebih tempered bila aku balik kampung. Memang aku dibesarkan dalam keluarga yang pemarah mak n ayah aku pun mmg pemarah selalu gaduh walaupun kekal hingga ke akhir hayat mereka. Aku sangka perasaan cepat marah tu berjaya aku atasi setelah 10 thn usia perkahwinanku and setelah 10 tahun jgak aku pulang ke kampung dan di sini lah aku perasan yang aku cepat marah..... Memang dari dulu aku selalu merasa tertekan bila ada masalah keluarga sebab tu la dalam doaku dari dulu aku mmg selalu berdoa agar diberikan limpah kasih sayang suami kerana aku tak rela menghadapi masalah rumahtangga tapi aku sanggup hadapi masalah kewangan.... hmmm tapi sekarang ni masalah kewangan pun tak nak jugak hmmm... pening lah banyak hutang takut mati.... Sekarang ni aku balik kampung dan ujianku menghadapi saudara-mara yang berdekatan... dulu syok dok jauh so jumpa sekali sekala wangi tapi sekarang dah aku dok rumah pusaka so sabar je lah.... HIDUP TAK ADA UJIAN TAK SERONOK LAGI.... UJIAN JUGAK YANG MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH

Thursday, April 22, 2010

TENANG DAH HATI

Alhamdulillah.... tenang sikit hidup ni....... ikut hati rasa nak berhenti jer kerja... tapi tulah ikut hati mati ikut rasa binasa.... kalau berhenti nanti aku yang boring lak.... kadang2 perasaan marah dan geram tu tak boleh diikutkan sangat kerana marah itu daripada syaitan.... Alhamdulillah aku ada suami yang sudi mendengar masalah aku.... kadang2 kalau hati tak tenang solat ker baca quran ker and zikir pun hati masih tak tenang sebab masa tengah baca hati dok fikir masalah tu bukannya menghayati bacaan alQuran ker maknanya ker jadi benda ni terjadi kat aku.... Alhamdulillah bila aku ngadu kat suami dia nak nasihatkan aku agar aku buat bodohhh.... jer jangan cuba nak tunjuk pandai... mula aku protes jgak bukan nak tunjuk pandai tapi pada aku kalau semua dah tak reti takkan nak diam jer... n itulah masalah aku... hubby aku kata... bila dah tunjuk kita tahu so diaorg lepas tangan ler bukannya nak tlg mnolong.... so aku pun tdiam.... tapi bila g skolah aku tanya jgak camna progress kerja kalau tak siap g tanggu jer bulan depan.... Alhamdulillah esok aku tengok ada gak perubahan sbb diaorag ingat murid2 yang kena cari bahan persembahan.... (dlm hati aku fikir ustazah ni pakai nak senang jer) tak pelah yg lain2 tu lantaklah pasal kamera yg rosak tu nanti ada duit aku gantilah separuh2 ngan cikgu tu.... biarlah pihak skolah tak nak ganti.... entah skolah tu nak buat apa tah lantaklah diaorg kedekut sangat.... aku kena ingat rezeki dari Allah kalau aku tak gantikan kamera cikgu tu kesian plak kat dia macam kes naya jer.... tapi kalau ikut suami aku tak kasi sebab aku guna atas urusan sekolah so penggantian pun mesti atas duit skolah or separuh2..... tapi bila aku fikir aku kerja so duit gaji hak aku and aku malu jumpa cikgu tue jadi ganti jer lah....

Monday, April 19, 2010

MALAS NAK TULIS

Malasnya nak buat persediaan mengajar..... hehehe sebenarnya aku malas nak tulis berulang kali bukan malas nak buat persediaan satu lagi yang buat aku malas tu sebab kena tulis jawi and ada part2 tu kena tulis benda yang sama cthnya TAJUK, ISI KANDUNGAN, AKTIVITI, OBJEKTIF and ALAT BANTU MENGAJAR kalau satu hari 4 subjek so 4 kali ler kena tulis ish tak praktikal btul la...... apsal la rubber stamp tak de dlm tulisan jawi.... dah tu klu aku taip jer kat kompter ni kena lak gunting and tampal ..... ish keje boring lak......... ingat tahun depan aku tak nak tulis dalam buku... aku nak buat FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR kalau guru besar aku takut sangat tak apa biar aku jer yang jawab ngan Penyelia tu.... kalau Penyelia tu kata tak boleh kena buat dalam buku jugak.... emmmm.... aku kata kat dia.... dalam buku tu stail lama.... tak praktikal lagi zaman la ni... lagi pun yang penting ada persediaan..... buku ker fail ker bukan masalahnya....
huhuhu... lambat lagi ler tahun depan sekarang bulan 4 lagi 6 bulan lagi aku kena tulis...huaaa.......
tapi berani ker aku nak cakap camtu.... hihihi.... apahal TUNGGUUUUUU.......

tujuanku buka blog

Salam...
Tak sangka aku buka juga blog.... sebelum ni memang aku dah ada blog tapi blog tu entah apa2... (tak active and aku pun tak creative). Senenarnya tujuanku buka blog ni untuk meluahkan isi hati and tempat aku memujuk hati agar hati ini menjadi tenang dan sabar dalam menempuh dugaan ini. Yealah... hidup ini kan sementara sahaja apalah sangat nak geram nak marah tapi nama pun manusia bila ada yang tak puas di hati mulalah sakit hati geram nak sound jer orang tu..... (masa tengah geram ler) tapi tulah marah boleh marah tapi kesannya....... tu yang tak sanggup fikir.... ikut hati mati... ikut rasa binasa... pepatah orang tua banyak kebaikannya..... jadi daripada aku memendam rasa and menanggung siksa lebih baik aku guna blog sebagai tempat untuk aku bercakap dengan jiwaku sendiri... hehehe sebenarnya tempat aku mengadu dah ada pe lagi hubby aku ler tapi tu lah kadang2 org laki ni die tak nak dengar selalu ngomel orang perempuan ni and die pun pernah sound aku tak yah cerita banyak2 masalah kat sekolah kang nanti die pulak fedup ngan kerja ngajar nie.... jadi kadang2 aku tak berani lah nak cerita sangat and kalau cerita pun masih cover2 lagi..... satu lagi kalau aku cerita pun benda tu dah agak sejuk la... maknanya aku cerita time hati aku dah tak berapa nak marah supaya aku boleh control sikit jalan ceritanya.... hehehe... mungkin ada jugak orang fikir buat apa susah2 ALLAH KAN ADA MENGADULAH PADA ALLAH....hehehe memang betul pun.... cuma aku ni kan ker manusia dan manusia itu sentiasa lalai dan lupa emmm... lain ler kalau dah capai tahap insan.... tapi apahal sekali pun aku nak jadikan bolg ni sebagai medium untuk aku memujuk hati agar bersifat sabar dan tabah selalu dan sentiasa ingat bahawa HIDUP INI CUMA SEMENTARA DAN YANG KEKAL ADALAH AKHIRAT dan juga supaya aku sentiasa ingat bahawa SEMAKIN HARI MATI SEMAKIN MENGHAMPIRI......